HANSI Flick dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad Jerman menggantikan Joachim Loew yang meletak jawatan selepas tersingkir di pusingan kedua Euro 2020. FOTO AFP
HANSI Flick dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad Jerman menggantikan Joachim Loew yang meletak jawatan selepas tersingkir di pusingan kedua Euro 2020. FOTO AFP
AFP

Berlin: Ketua jurulatih baharu skuad Jerman, Hansi Flick, hari ini mengumumkan barisan kejurulatihannya dengan jurulatih penjaga gol, Andreas Koepke meninggalkan pasukan selepas 17 tahun.

Flick menggantikan Joachim Loew, yang meletak jawatan selepas mengemudi Jerman selama 15 tahun susulan tersingkir di pusingan kedua Euro 2020 apabila tewas kepada England.

Perlawanan pertama Flick adalah kelayakan Paiala Dunia 2022 menentang Liechtenstein, Armenia dan Iceland pada September depan.

Jerman perlu bangkit selepas menduduki tempat ketiga kumpulan dan tiga mata di belakang pendahulu, Armenia, tetapi sama mata dengan Macedonia Utara, yang mencipta kemenangan mengejut di Jerman, Mac lalu.

Turut bersama Flick adalah bekas pembantu Loew iaitu Markus Sorg.

Flick turut menyenaraikan pembantu jurulatih berusia 32 tahun, Danny Roehl, yang membantunya membawa Bayern Munich merangkul treble pada musim 2019/20 iaitu Liga Juara-Juara Eropah, Piala Jerman dan gelaran Bundesliga.

Flick yang menjadi pembantu Loew ketika Jerman menang Piala Dunia 2014 menyifatkan Roehl sebagai pakar yang amat penting dan perlu berada di sisinya.

Selepas kecederaan yang menyebabkan terpaksa awal sebagai pemain, Roehl menjadi penganalisis video untuk RB Leipzig pada 2010.

Dia kemudian menjadi pembantu jurulatih kepada pasukan Bawah 17 tahun sebelum diserapkan sebagai staf Bundesliga bersama ketua jurulatih ketika itu, Ralph Hasenhuettl.

Roehl mengikut Hasenhuettl yang dilantik sebagai ketua jurulatih Southampton di Liga Perdana Inggeris pada 2018.

Apabila Flick dilantik ketua jurulatih Bayern pada November 2019, Roehl meninggalkan England dan menyertainya di Munich.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 1:02 AM