HAVERTZ (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Jonas Hofmann. FOTO EPA
HAVERTZ (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Jonas Hofmann. FOTO EPA
AFP

Yerevan: Thomas Mueller berkata Jerman sudah memulakan era baharu di bawah bimbingan Hansi Flick selepas menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia dengan mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Armenia, awal pagi tadi.

"Ia era baru untuk kami sejak pertukaran jurulatih dan kami dapat menggalas tugas dengan baik," kata Mueller kepada RTL.

Jerman kembali kepada prestasi sebenar sejak Flick membimbing pasukan daripada Joachim Loew awal tahun ini dan sudah menjaringkan 31 gol sepanjang meraih tujuh kemenangan selepas melalui kempen mengecewakan di saingan Euro.

Selepas mengesahkan tiket ke Piala Dunia pada tahun depan, kemenangan hari ini menyaksikan Jerman menduduki tangga teratas Kumpulan H dengan kelebihan sembilan mata.

"Kami tidak mempunyai pasukan gergasi dalam saingan peringkat kumpulan tetapi kami masih mempunyai tugas untuk dilaksanakan," kata Mueller.

Kai Havertz menjaringkan gol pembukaan untuk Jerman selepas 15 minit perlawanan apabila menyempurnakan hantaran silang Jonas Hofmann.

Di sebalik menguasai 80 perlawanan pada separuh masa pertama, Jerman bergelut mencari penyudah terbaik untuk menghasilkan gol.

Mereka memerlukan sepakan penalti IIkay Gundongan sebelum berakhir separuh masa pertama untuk menambah gol kedua sebelum Gundongan meledak gol ketiga di awal separuh masa kedua.

Tuan rumah merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Henrikh Mkhitaryan minit ke-59 selepas Floran Neuhaus menjatuhkan David Terteyan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun Jerman kekal fokus dengan Jonas Hofmann menyumbang gol keempat lima minit kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 9:14 AM