FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Skopje: Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dan lebih 20 lagi cedera dalam kebakaran sebuah hospital pesakit Covid-19 di bandar Tetovo, barat laut Macedonia Utara, lapor Sputnik.

Menurut penyiar Alsat, seramai 30 anggota bomba bergegas ke lokasi bersama tujuh jentera.

Menteri Kesihatan Venko Filipce berkata, api sudah dipadamkan dan mereka yang cedera dihantar ke Skopje.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 September 2021 @ 11:37 AM