Pemain AC Milan, Franck Kessie jadi pilihan PSG. FOTO Agensi
Pemain AC Milan, Franck Kessie jadi pilihan PSG. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Paris Saint-Germain dilaporkan menyenaraikan beberapa alternatif Paul Pogba ketika kelab Perancis itu bimbang terlepas untuk mendapatkan khidmat perancang tengah Manchester United ke Real Madrid.

Pemain kebangsaan Perancis itu seebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke negara asalnya bersama PSG pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Begitupun minat itu semakin kurang selepas ketibaan Lionel Messi.

Pogba dijangka menjadi pemain bebas tahun depan tetapi Defensa Central melaporkan gergasi Ligue 1 berkenaan tidak yakin dapat menandatangani pemain berusia 28 tahun itu.

Madrid dikatakan menjadi destinasi pilihan Pogba seterusnya dan dia dijangka menghadiri perbincangan lanjut bersama Los Blancos bagi jendela perpindahan Januari nanti.

Laporan menyatakan bahawa PSG kini mula mencari pemain tengah lain dengan AC Milan, Franck Kessie menjadi pemain pilihan terbaik.

Kessie dijangka tamat kontrak kurang setahun dari sekarang dan dipercayai tidak akan menandatangani kontrak baharu di San Siro.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 September 2021 @ 10:38 PM