Patrick Vieira. FOTO AFP
Patrick Vieira. FOTO AFP
Agensi

Paris: Nice memecat bekas pemain tengah Perancis dan Arsenal, Patrick Vieira sebagai pengurus mereka selepas dua dan setengah tahun.

Kelab dari Perancis itu tewas lima perlawanan berturut-turut, termasuk kekalahan 2-3 ke atas Bayer Leverkusen hari ini yang mengesahkan penyingkiran mereka dari saingan Liga Europa dan berada di kedudukan ke-11 di Ligue 1.

Vieira yang pernah beraksi untuk Manchester City, Inter Milan dan Juventus, adalah bos kelab New York City sebelum menyertai Nice.

Adrian Ursea, yang juga pembantu Vieira, akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 11:35 PM