PEMAIN England akan bersama wags mereka untuk beberapa jam hari ini. FOTO Agensi
PEMAIN England akan bersama wags mereka untuk beberapa jam hari ini. FOTO Agensi
Agensi

London: Wira England akan disatukan dengan isteri dan teman wanita (wags) mereka hari ini sebagai hadiah selepas menewaskan Jerman pada pusingan kedua Euro 2020.

Mereka akan menghabiskan masa bersama orang tersayang di satu lokasi rahsia menjelang aksi suku akhir di Rome pada Ahad ini.

Sumber berkata: "Ia hanyalah untuk beberapa jam tetapi sudah cukup untuk memberikan mereka semangat tambahan ke peringkat seterusnya.

"Mereka perlu berjumpa keluarga. Gareth selalu menekankan kepentingan peranan mereka dalam membantu pasukan mencapai potensi penuh.

"Mereka berada di atas padang sepanjang kejohanan dan ia sukar. Pada aksi terakhir menentang Republik Czech, mereka dibenarkan berjumpa sebentar di Wembley tapi kali ini pertemuan itu lebih selesa.'

Bagaimanapun, pemain dan keluarga mereka tetap perlu mematuhi peraturan kesihatan ditetapkan Uefa apabila diwajibkan menjalani ujian Covid-19 sebelum pertemuan di hotel.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 8:24 AM