PEMAIN England menghargai sokongan penyokong mereka di Rom. FOTO AFP
PEMAIN England menghargai sokongan penyokong mereka di Rom. FOTO AFP
Agensi

London: Gareth Southgate menegaskan mara ke separuh akhir tidak lagi memuaskan hati pemainnya dan kini mengimpikan aksi final Euro 2020.

Selepas membelasah Ukraine 4-0 pada aksi suku akhir di Rome, Southgate berkata mereka tekad tidak akan melepaskan peluang mara ke final pertama sejak 1966.

'Kami berjaya mengatasi banyak halangan. Saya yakin pemain-pemain ini akan berasakan ia hanya permulaan kepada cabaran seterusnya,'' kata pengurus England itu.

'Kami tidak akan berpuas hati jika sekadar separuh akhir. Walaupun kami kecewa selepas separuh akhir Piala Dunia tiga tahun lalu, kami tetap yakin mampu mencapai lebih baik daripada itu.

'Sekarang kami mengulangi pencapaian itu tetapi masih lagi belum memuaskan hati pemain. Itu petanda positif.

'Seperkara lagi yang sangat positif ialah beberapa pemain muda kami mendapat lebih banyak pengalaman dan berasa bangga menyarung jersi England. Mereka seronok untuk menang dan mempunyai hubungan baik dengan penyokong.''

'Ia aspek sangat penting untuk generasi ini.''

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 11:40 AM