PENYERANG Brazil, Neymar (kiri) berlatih dengan rakan sepasukan untuk kempen Copa America. FOTO AFP
PENYERANG Brazil, Neymar (kiri) berlatih dengan rakan sepasukan untuk kempen Copa America. FOTO AFP
AFP

Rio de Janeiro: Penyerang Paris Saint Germain yang juga pemain bola sepak termahal dunia, Neymar tidak akan bermain untuk Brazil di Sukan Olimpik Tokyo.

Bagaimanapun, pemain veteran, Daniel Alves berada dalam skuad yang diumumkan hari ini.

Rakan sepasukan Neymar di PSG, Marquinhos, yang turut menang pingat emas ketika temasya di Rio, lima tahun lalu, turut tersisih daripada barisan skuad Andre Jardine.

Bekas bintang Barcelona, Alves yang kini bersama Sao Paulo, terlepas peluang beraksi di Copa America yang sedang berlangsung kerana cedera lurut.

Jardine berharap pemain berpengalaman itu cergas untuk berdepan pasukan yang ditewaskan mereka ketika final 2016, iaitu Jerman, pada 22 Julai.

Dua pemain yang beraksi di Perancis yang bersama skuad ke Jepun adalah Bruno Guimaraes dari Lyon dan pemain baharu Marseille, Gerson.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 11:58 PM