UEFA melantik ‘pemeriksa etika dan disiplin’ pada 12 Mei untuk menjalankan siasatan. FOTO Agensi
UEFA melantik ‘pemeriksa etika dan disiplin’ pada 12 Mei untuk menjalankan siasatan. FOTO Agensi

Lausanne: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) hari ini membuka prosiding disiplin terhadap Real Madrid, Barcelona dan Juventus, tiga kelab yang masih enggan meninggalkan projek Liga Super Eropah (ESL)

"Berikutan siasatan oleh Jawatankuasa Etika UEFA dan Semakan Disiplin berkaitan projek ESL, prosiding disiplin sudah dibuka terhadap Real Madrid CF, FC Barcelona dan Juventus FC kerana melakukan kesalahan dalam rangka kerja UEFA," kata badan induk bola sepak Eropah itu dalam satu kenyataan.

UEFA melantik 'pemeriksa etika dan disiplin' pada 12 Mei untuk menjalankan siasatan.

Sembilan lagi kelab ESL terselamat dan dikenakan hukuman kewangan ringan.

UEFA pada pertengahan April, dicabar menerusi pelancaran kejohanan Eropah berasingan ketika mereka juga mengumumkan perubahan besar dalam Liga Juara-Juara, sudah lama memilih untuk berbincang berbanding bertindak.

Namun selepas gagal mendapatkan keputusan daripada tiga kelab itu, mereka memilih untuk mengenakan tindakan disiplin tanpa menyatakan secara spesifik kesalahan dilakukan.

Peraturan UEFA melarang sebarang 'kumpulan atau gabungan' antara kelab tanpa kebenarannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 2:43 PM