BARCELONA antara kelab yang masih tidak mahu mengalah menubuhkan Liga Super Eropah. FOTO AFP
BARCELONA antara kelab yang masih tidak mahu mengalah menubuhkan Liga Super Eropah. FOTO AFP
AFP

Lausanne: Uefa menggugurkan kes disiplin terhadap Real Madrid, Barcelona dan Juventus berhubung pembabitan kontroversi kelab berkenaan dalam perancangan Liga Super Eropah untuk mematuhi keputusan dari mahkamah Madrid.

Badan bola sepak Eropah itu berkata, prosiding itu sudah terbatal serta tidak sah.

Tiga kelab itu antara 12 kelab yang mencetuskan kontroversi pada April lalu apabila bercadang mahu berpisah daripada liga elit sedia ada.

Bagaimanapun sembilan daripada kelab berkenaan pantas menarik diri selepas penyokong dan kelab lain membantah tindakan mereka.

Namun Real Madrid, Barcelona dan Juventus enggan mengalah.

Uefa juga tidak meminta 'sebarang bayaran' daripada sembilan kelab berkenaan termasuk pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur.

"Uefa akan terus mengambil langkah yang diperlukan sesuai dengan undang-undang nasional dan EU untuk mempertahankan kepentingan Uefa dan semua pemegang taruh bola sepak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 3:15 PM