HAKIM mengakui Fifa dan Uefa bersikap dominan. FOTO Agensi
HAKIM mengakui Fifa dan Uefa bersikap dominan. FOTO Agensi
Reuters

Madrid: Hakim Sepanyol mengarahkan badan induk bola sepak Persekutuan Bolasepak Antrabangsa (Fifa) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menghentikan penentangan terhadap Liga Super Eropah (ESL), memutuskan mereka mengamalkan tingkah laku antipersaingan dan menyalahgunakan kedudukan dominan.

Hakim, Sofia Gil Garcia memutuskan bahawa badan induk itu melanggar undang-undang Kesatuan Eropah dengan melarang kelab daripada menyertai kejohanan bola sepak profesional baharu, kata kenyataan mahkamah.

Dalam keputusan itu, Sofia turut mengarahkan Fifa dan UEFA untuk segera membatalkan sebarang tindakan antipersaingan yang dilakukan pada masa lalu.

Kes itu dibawa oleh A22 Sports Management, syarikat pembangunan sukan di sebalik rancangan untuk mewujudkan ESL, terhadap Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, LaLiga Sepanyol, UEFA dan Fifa, yang menyekat ESL.

"Era monopoli kini sudah pasti berakhir," kata Ketua Pegawai Eksekutif A22, Bernd Reichart dalam satu kenyataan selepas keputusan itu, menyebutnya sebagai 'langkah penting ke arah landskap bola sepak kelab yang benar-benar kompetitif dan mampan di Eropah'.

Reichart menambah bahawa UEFA menyekat inovasi selama beberapa dekad dan kelab 'tidak perlu takut dengan ancaman sekatan hanya kerana mempunyai idea dan perbualan'.

"Keputusan Sofia mengikuti serupa oleh Mahkamah Keadilan Eropah pada bulan Disember.

Kedua-dua La Liga dan UEFA menegaskan keputusan itu tidak secara jelas menyokong penciptaan Liga Super.

"Penghakiman itu tidak memberi pihak ketiga hak untuk membangunkan pertandingan tanpa kebenaran dan tidak membabitkan sebarang projek masa depan atau sememangnya mana-mana versi diubah suai bagi projek sedia ada," kata UEFA dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2024 @ 1:16 PM