REAL, Barca dan Juventus masih mempertahankan penubuhan ESL. FOTO Agensi
REAL, Barca dan Juventus masih mempertahankan penubuhan ESL. FOTO Agensi
AFP

Rom: Real Madrid, Barcelona dan Juventus mempertahankan projek Liga Super Eropah (ESL) walaupun berdepan ancaman daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Ketiga-tiga kelab berkenaan masih belum menolak untuk menyertai pertandingan yang diusulkan di mana ia akan menjamin pembabitan pasukan mereka setiap musim.

Sembilan pasukan yang menarik diri Tottenham, Arsenal, Manchester City, Manchester United, Chelsea, Liverpool, Atletico Madrid, Inter Milan dan AC Milan akan dikenakan denda oleh UEFA kerana pembabitan mereka.

UEFA juga berkata mereka akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas ketiga-tiga pasukan berkenaan yang menyokong projek ESL

Real, Barca dan Juventus dalam kenyataan bersama berkata, pengasas kejohanan akan menderita dan terus menderita, selepas tekanan daripada pihak ketiga yang tertekan dan dirasakan terancam.

"Perkara ini memang tidak ada toleransi di bawah peraturan mereka," kata ketiga-tiga kelab berkenaan.

Mereka mendakwa bahawa ESL dilancarkan dengan tujuan untuk memberikan penyelesaian di atas situasi yang tidak stabil dalam industri bola sepak.

ESL diumumkan 18 April lalu namun dua hari kemudian ia terkubur selepas enam pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik diri disebabkan protes daripada penyokong masing-masing sehingga memberi tekanan kepada kerajaan Britain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 9:01 PM