UEFA tangguh tindakan undang-undang terhadap Real, Barca dan Juve. FOTO Agensi
UEFA tangguh tindakan undang-undang terhadap Real, Barca dan Juve. FOTO Agensi
AFP

Paris: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menangguhkan tindakan undang-undang terhadap Real Madrid, Juventus dan Barcelona selepas di atas cubaan mereka yang berperanan untuk melancarkan Liga Super Eropah (ESL).

"Badan Rayuan UEFA membuat keputusan untuk menangguhkan tindakan undang-undang sehingga diberitahu kelak," kata UEFA tanpa menjelaskan alasannya.

Real, Juventus dan Barca tetap dengan pendirian mereka tatkala sembilan daripada 12 pasukan mengundur diri dan membuat perjanjian dengan UEFA bulan lalu.

Sementara itu, enam pasukan England yang terbabit membayar kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berjumlah £22 juta (RM127 juta).

Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham mengumumkan bahawa mereka adalah di antara ahli pengasas kejohanan itu April lalu namun projek berkenaan hancur selepas mendapat tentangan meluas.

Mereka menyertai Atletico Madrid, Inter Milan dan AC Milan bersetuju membayar lima peratus daripada dana yang diberikan bagi pertandingan UEFA untuk semusim dan bergabung membayar sebanyak €15 juta (RM75 juta) sebagai sumbangan menyokong projek akar umbi serta belia bola sepak Eropah.

UEFA kemudian mengumumkan akan membuka proses tatatertib rasmi terhadap Real Madrid, Barcelona dan Juventus, disebabkan berkemungkinan melanggar kerangka undang-undang UEFA.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 11:46 AM