Pemain pertahanan Inter Milan, Matteo Darmian (kiri) menjaringkan gol tunggal perlawanan mengatasi penjaga gol Cagliari. FOTO AFP
Pemain pertahanan Inter Milan, Matteo Darmian (kiri) menjaringkan gol tunggal perlawanan mengatasi penjaga gol Cagliari. FOTO AFP
AFP

Milan: Matteo Darmian menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika pendahulu Serie A, Inter Milan menewaskan Cagliari, 1-0 untuk melebarkan rekod 11 kemenangan berturut-turut ketika mereka menghampiri kejuaraan pertama liga selepas lebih 10 tahun.

Juara bertahan, Juventus menduduki tempat ketiga selepas kemenangan 3-1 ke atas Genoa ketika Napoli melonjak ke tempat keempat dan kembali dalam kelompok Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 di Sampdoria.

Inter selesa dengan 11 mata mendahului pasukan di tangga kedua AC Milan yang menang 3-1 di Parma semalam, ketika peluang cerah merangkul kejuaraan pertama sejak 2010 buat skuad kendalian Antonio Conte dengn baki lapan perlawanan yang tinggal.

Pemain Maghribi, Achraf Hakimi dibawa masuk daripada bangku simpanan dan beberapa minit kemudian dia mencipta gerakan untuk pemain pertahanan Itali, Darmian mengesahkan kemenangan di San Siro untuk melanjutkan rekod kekalahan keempat berturut-turut buat Cagliari.

"Kami semakin hampir untuk melihat kemuncaknya, tapi kami belum tiba di sana lagi dan tidak mahu berasa selesa dengan pengiraan," kata Conte.

"Bukan mudah untuk berdepan tekanan yang berterusan tapi kami semakin membiasakan diri dengannya.

"Kami hanya perlu terus beraksi di tahap maksima untuk mencapai impian kami."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 9:47 AM