LUKAKU (kanan) menjaringkan dua gol ketika bertemu Benevento. FOTO EPA
LUKAKU (kanan) menjaringkan dua gol ketika bertemu Benevento. FOTO EPA
AFP

Milan: Romelu Lukaku menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk membantu Inter Milan melakar kemenangan 4-0 ke atas Benevento hari ini sekali gus terus memberi tekanan kepada pendahulu Serie A, AC Milan.

Skuad bimbingan Antonio Conte ketinggalan dua mata di belakang AC Milan yang menewaskan Bologna 2-1 pada perlawanan terdahulu.

Gol sendiri Riccardo Improta meletakkan tuan rumah di depan pada aksi yang berlangsung di San Siro.

Lautaro Martinez menjaringkan gol kedua 12 minit selepas babak kedua sebelum Lukaku menambah dua gol lagi.

Juara bertahan, Juventus melonjak di tangga ketiga dengan ketinggalan tujuh mata di belakang AC Milan.

Namun Juve masih berkelebihan satu perlawanan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria.

"Ia tindak balas yang bagus daripada pasukan. Kemenangan yang memberikan kami keyakinan pada hujung minggu yang sukar," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 10:04 AM