Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku ledak gol ketujuh musim ini. FOTO AFP
Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku ledak gol ketujuh musim ini. FOTO AFP
AFP

Milan: Antonio Conte memuji peningkatan dipamerkan Romelu Lukaku sejak menyertai Inter Milan musim lalu ketika pemain Belgium itu meledak gol ketujuhnya musim ini untuk membantu kemenangan 2-0 ke atas Genoa dalam saingan Serie A.

Jaringan babak kedua dari penyerang dari penyerang Belgium, Lukaku dan Danilo D'Ambrosio meletakkan skuad Inter kendalian Conte di tempat ketiga, di atas Atalanta yang tewas 1-3 kepada Sampdoria.

"Romelu kini seorang pemain yang berbeza, berbanding setahun yang lalu, dia menunjukkan peningkatan dari semua sudut," kata Conte selepas Inter bangkit selepas tewas aksi tetangga 1-2 ke atas AC Milan dan seri 2-2 berdepan Borussia Moenchengladbach dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Sebelum ini, saya berkata dia adalah berlian kasar, disebabkan itu dia sentiasa menjadi salah seorang yang saya mahu untuk berkerja sama.

"Dia menunjukkan peningkatan setiap hari dan menambah kualiti dalam permainannya. Dia juga menjaringkan gol secara konsisten."

Inter melonjak ke tangga ketiga liga, dua mata di belakang pendahulu AC Milan, yang akan melayan kunjungan Roma pada awal pagi Isnin dan satu mata di depan Atalanta keempat selepas mencatat kekalahan kedua berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 8:49 AM