AKSI Neymar (kanan) ketika bertemu Bayern di saingan Liga Juara-Juara, hari ini. FOTO AFP
AKSI Neymar (kanan) ketika bertemu Bayern di saingan Liga Juara-Juara, hari ini. FOTO AFP
AFP

Paris: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar digantung dua perlawanan di saingan Ligue 1 selepas di buang padang ketika tewas kepada seteru utama, Lille minggu lalu, umum Liga Perancis (LFP), hari ini.

Penyerang Brazil itu dilayangkan dua kad kuning dengan yang kedua diterima selepas menolak Tiago Djalo yang turut di buang padang.

Neymar juga bergaduh dengan Djalo sekali lagi ketika menuju ke bilik persalinan.

Dia akan terlepas aksi Sabtu ini bertemu Strasbourg dan pertemuan dengan pasukan sedang bergelut, Saint-Etienne pada 18 April.

Ia adalah kali kedua Neymar di buang padang pada kempen kali ini dan yang keempat sejak menyertai PSG dari Barcelona.

Juara bertahan itu ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Ligue 1, Lille dengan berbaki tujuh perlawanan lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 11:36 AM