PENYERANG PSG, Kylian Mbappe (kanan) meraikan jaringan bersama Neymar di sebalik khabar angin mengatakan hubungan tidak baik antara mereka. FOTO AP
PENYERANG PSG, Kylian Mbappe (kanan) meraikan jaringan bersama Neymar di sebalik khabar angin mengatakan hubungan tidak baik antara mereka. FOTO AP
AFP

Paris: Penyerang sensasi, Kylian Mbappe menyamai rekod Ligue 1 apabila menjaringkan gol selepas lapan saat sebelum melakukan hatrik ketika Paris Saint-Germain membelasah Lille, 7-1, hari ini.

Namun, aksi hujung minggu itu dicemari dengan layangan 11 kad merah pada perlawanan divisyen berkenaan.

Mbappe menyamai rekod 30 tahun apabila menyambar umpanan Lionel Messi dan mengejutkan penjaga gol Lille, Leo Jardim dengan hantaran lambung yang juga gol keduanya, musim ini.

Jaringan itu menyamai rekod Michel Rio ketika Caen menentang Cannes pada 15 Februari 1992, walaupun pakar statistik, MisterChip mengesahkan jaringan Rio lebih pantas iaitu selepas 7.9 saat berbanding Mbappe dengan 8.3s.

Mbappe kemudian menyaksikan percubaannya terkena palang ketika peluang terbuka, namun Messi, Achraf Hakimi dan Neymar menjaringkan gol sebelum rehat pada ketika PSG membelasah kelab tunggal yang mengatasi mereka untuk gelaran Perancis dalam tempoh lima musim lalu.

Berita hubungan tidak elok antara dua bintang PSG, Mbappe dan Neymar hanya diperkatakan, tetapi penyerang Brazil itu menyumbat dua gol manakala Mbappe menyumbang tiga gol.

Neymar menjaringkan gol kelima pasukan pada awal babak kedua.

Selepas Jonathan Bamba menyumbat satu gol untuk Lille, Mbappe menjaringkan dua gol dan kedua-duanya hasil umpanan Neymar.

Perlawanan itu mengakhiri hujung minggu apabila bola sepak Perancis menyaksikan pesta kad merah pada ketika pengadil melaksanakan peraturan lebih ketat.

Selepas Vanderson dari Monaco dan Samuel Gigot dari Marseille dibuang padang pada Sabtu, sembilan lagi kad merah dilayangkan pada Ahad yang mencatatkan jumlah terbanyak pada hujung minggu dalam tempoh 30 tahun.

Terdapat tujuh lagi kad merah dilayangkan di Ligue 2 termasuk tiga daripada kepada Saint-Etienne yang tewas 0-6 di tempat sendiri di tangan Le Havre.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 8:13 AM