Houssem Aouar. FOTO Agensi
Houssem Aouar. FOTO Agensi
Agensi

London: Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menyeru kelab itu menandatangani pemain tengah Lyon, Houssem Aouar pada musim panas ini.

Aouar dikaitkan kuat dengan perpindahan ke Stadium Emirates sejak beberapa minggu lalu, dengan pengurus Mikel Arteta menjadikan perancang tengah itu sebagai antara sasaran utama bersama Thomas Partey.

The Gunners sudahpun melakukan satu bidaan bagi pemain berusia 22 tahun itu namun di tolak dan mengharapkan tawaran yang lebih baik.

Aubameyang menaruh keyakinan kelab Inggeris itu mampu mendapat khidmat pemain berkenaan.

"Dia pemain yang sangat bagus. Saya harap kami akan bertuah untuk memiliki pemain sepertinya dalam kelab ini.

"Saya pasti dia dapat memberikan impak besar dalam pasukan," kata Aubameyang kepada The Mirror.

Arsenal turut dikaitkan dengan bintang Chelsea, Jorginho dalam pemburuan pemain tengah baharu mereka sebelum tarikh akhir perpindahan ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 1:46 PM