Pemain tengah Lyon, Houssem Aouar. FOTO Agensi
Pemain tengah Lyon, Houssem Aouar. FOTO Agensi
Agensi

London: Liverpool dilaporkan menjadi kelab pilihan untuk menandatangani pemain tengah Lyon, Houssem Aouar pada musim panas ini.

Pemain berusia 23 tahun itu dijangka meninggalkan kelab Perancis berkenaan ketika beberapa kelab termasuk Manchester United, Arsenal dan Tottenham Hotspur menyatakan minta mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, menurut laporan Le10Sport, perpindahan ke Liverpool kekal menjadi kesempatan terbaik buat perancang tengah itu.

Reds sedang mencari pengganti Georginio Wijnaldum, sekalipun setakat ini agak kecewa dengan beberapa sasaran mereka untuk mendapatkan pemain tengah menemui jalan buntu.

Aouar menjaringkan 32 gol dan menghasilkan 31 bantuan jaringan dalam 170 penampilan di Lyon dalam semua kejohanan, termasuk lapan gol dan empat bantuan jaringan pada 33 penampilan musim lalu.

Nilai pemain yang diletakkan oleh kelab Perancis itu adalah sekitar £50 juta pada musim panas yang lalu, tetapi kontrak terkini pemain itu berbaki kurang dua tahun dan kelab berkenaan berdepan tekanan untuk mengumpul dana.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 10:03 AM