REAKSI Klopp pada perlawanan hari ini. FOTO AFP
REAKSI Klopp pada perlawanan hari ini. FOTO AFP
AFP

Budapest: Jurgen Klopp menggesa Liverpool untuk bangkit selepas mempamer aksi meyakinkan menewaskan Leipzig pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara yang turut menamatkan mimpi buruk Reds.

Liverpool melupakan seketika tiga kekalahan berturut-turut pada saingan Liga Perdana apabila mempamerkan aksi meyakinkan ketika bertemu Leipzig di Budapest hari ini.

Jaringan menerusi Mohamed Salah dan Sadio Mane pada separuh masa kedua cukup melegakan Liverpool.

Bagaimanapun dengan Liverpool masih ketinggalan 13 mata di belakang Manchester City di saingan Liga Perdana, Klopp mahu barisan pemainnya terus mempamerkan aksi konsisten.

"Kami bukan kanak-kanak lagi, seolah-seolah selepas memenangi perlawanan ini, maka segala-galanya akan kembali seperti sedia kala," kata Klopp di Puskas Arena.

Klopp nyata gembira melihat anak buahnya mempamer aksi memukau dengan mencipta banyak peluang dan bangkit daripada kekalahan kepada Leicester City, Manchester City dan Brighton.

"Kami mendominasi permainan, yang mana ia tidak kerap berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 10:58 PM