HONDA gagal memberi impak ketika bersama Botafogo. FOTO Agensi
HONDA gagal memberi impak ketika bersama Botafogo. FOTO Agensi
AFP

Tokyo: Bekas pemain tengah Jepun, Keisuke Honda meminta maaf di atas prestasi kurang memberangsangkan di kelab Brazil, Botafogo tatkala dia dikaitkan akan berpindah ke Eropah.

Honda, 34, berkata, dia menerima kritikan peminat selepas hanya menjaringkan tiga gol dalam 27 perlawanan.

"Kritikan adalah perkara biasa dan saya tidak mahu memberi sebarang alasan, saya juga sangat kecewa, saya minta maaf," katanya dalam Twitter.

Laporan menyatakan Honda, bekas pemain AC Milan dan CSKA Moscow akan menyertai kelab Portugal, Portimonense.

Honda disambut ribuan peminat ketika tiba di Brazil pada 7 Februari lalu namun Botafogo sangat bergelut musim ini dan mereka berada di kedudukan kedua terbawah liga.

Dia juga adalah antara pemain paling berjaya dari Jepun, selepas meledak 37 gol, termasuk empat di Piala Dunia dalam 98 penampilan bersama Blue Samurai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2020 @ 3:45 PM