Keisuke Honda (kanan) ketika beraksi dengan kelab Australia, Melbourne Victory berdepan wakil kelab Jepun dalam saingan Liga Juara-Juara AFC. FOTO File AFP
Keisuke Honda (kanan) ketika beraksi dengan kelab Australia, Melbourne Victory berdepan wakil kelab Jepun dalam saingan Liga Juara-Juara AFC. FOTO File AFP
AFP

PEMAIN veteran Jepun, Keisuke Honda meninggalkan Vitesse Arnhem tidak sampai dua bulan selepas menandatangani kontrak bersama kelab Belanda itu.

“Terima kasih atas segalanya kepada semua orang di @MijnVitesse malangnya ia adalah masa yang singkat tetapi saya sangat menghargainya. Mungkin akan bertemu anda lagi pada masa depan!” menurut twitter Honda.

“Apabila saya tiba di sini, impian saya adalah untuk mengubah perkara. Saya belum melakukan itu.”

Honda, 33, menandatangani kontrak pada 6 November yang merangkumi tempoh sehingga hujung musim ini.

Seperti apa yang dipersetujui, dia meninggalkan kelab itu selepas hanya beraksi empat perlawanan di Eredivisie (dua kalah, satu seri dan satu menang), dia meninggalkan kelab itu selepas seminggu jurulatih kelab Leonid Slutsky berbuat demikian.

Bekas pemain AC Milan dan CSKA Moscow, Honda menjadi tonggak pasukan kebangsaan Jepun, menjaringkan 37 gol dalam 98 penampilan, termasuk empat gol dalam tiga Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 9:34 PM