Zabaleta (kanan) membuat panggilan video kepada peminat City. FOTO Agensi
Zabaleta (kanan) membuat panggilan video kepada peminat City. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas pemain pertahanan Manchester City, Pablo Zabaleta yang juga pemenang dua kali kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), memberi kejutan kepada pemain setia kelab itu.

Dalam satu klip video, Zabaleta memberi kejutan kepada peminat berusia 79 tahun yang menyangka dia akan di temu bual oleh wartawan.

Geoff bekas pekerja pos yang berdepan masalah kesihatan terkejut menerima panggilan video dari pemain yang beraksi buat City pada era 2008 hingga 2017.

Geoff meminati City sejak dia berusia 12 tahun lagi. Video berkenaan bagi memberi keceriaan kepada salah seorang peminat kelab itu sempena Krismas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 11:43 PM