PERTEMUAN semula antara Smith (kiri) dan Maradona. FOTO Agensi
PERTEMUAN semula antara Smith (kiri) dan Maradona. FOTO Agensi
AFP

London: Diego Maradona dikatakan mempunyai dua perwatakan yang berbeza selepas perkara itu dikongsikan bekas ejennya dari Britain.

Jon Smith, yang menjadi pelopor 'super agent' dalam dunia bola sepak berkata, Maradona mempunyai perwatakan baik dan nakal.

Pada satu ketika Maradona boleh menjadi seorang budak baik dari Beunos Aires dan satu lagi perwatakan ialah orang yang suka berparti tanpa kawalan.

Smith berjaya mendapatkan Maradona selepas perlawanan akhir Piala Dunia 1986 dan beliau sangat bernasib baik walaupun dua pertemuan dibatalkan.

Kehebatan Maradona berparti lewat malam, terjebak dengan kokain dan wanita sama hebat ketika beliau beraksi di atas padang bersama dengan Napoli.

"Beliau mempunyai orang hebat di sekelilingnya. Kami sentiasa menyalurkannya dengan sumber pendapatan termasuk perjanjian bersama Coca-Cola namun ada ramai yang mempengaruhinya," kata Smith.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 11:44 PM