GERRARD mengakui pemainnya mengikut segala arahan yang diberikan. FOTO AFP
GERRARD mengakui pemainnya mengikut segala arahan yang diberikan. FOTO AFP
AFP

Birmingham: Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard mengakui beliau berasa lega dapat memulakan tugas dengan kemenangan selepas jaringan di hujung perlawanan oleh Ollie Watkins dan Tyrone Mings membolehkan mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brighton.

Gerrard mengendalikan perlawanan pertamanya bersama Villa selepas meninggalkan juara Scotland, Rangers ketika rehat aksi antarabangsa untuk menggantikan Dean Smith.

Bekas bintang Liverpool itu dibantu dengan jaringan Watkins dan Mings pada enam minit terakhir untuk membolehkan Villa mencatat kemenangan pertama selepas enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Smith dipecat selepas melalui enam kekalahan liga berturut-turut namun Gerrard memberikan impak segera seterusnya membolehkan Villa menjarakkan diri empat mata dari zon penyingkiran.

Gerrad adalah pengurus pertama Villa untuk memenangi aksi sulung EPL pada penampilan pertama sebagai pengurus sejak John Gregory melakukannya pada 1998.

"Perasaan saya bercampur-baur. Ia sangat menyeronokkan, lega dan bangga.

"Saya berasa sangat bangga dengan pemain. Minggu ini sangat penting, perlawanan yang sukar buat pasukan selepas tumpas lima perlawanan.

"Apa saya yang kami arahkan diikuti dengan baik dan memberikan aksi mantap pada penghujungnya," kata Gerrard.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 November 2021 @ 10:02 AM