KOLAROV bersedia untuk bersaing dengan pemain berusia 21 tahun, Alessandro Bastoni. FOTO Agensi
KOLAROV bersedia untuk bersaing dengan pemain berusia 21 tahun, Alessandro Bastoni. FOTO Agensi
AFP

PERTAHANAN kiri Serbia, Aleksandar Kolarov menyertai Inter Milan dari Roma, selepas kelab Itali itu mengumumkan awal pagi tadi.

Kolarov, 34, yang memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali dalam tempoh tujuh tahun bersama Manchester City, menamatkan pengembaraan selama tiga musim di Stadio Olimpico.

"Pertahanan berusia 34 tahun ini, menyertai Nerazzurri dengan perpindahan sebanyak €1.5 juta (RM7.3 juta).

"Persetujuan juga termasuk beberapa perkara berkaitan bonus, yang boleh menjangkau nilai maksimum €500,000 (RM2.4 juta) berdasarkan pencapaian yang dicapai kedua-dua, pemain serta pasukan pembeli," kata Roma dalam satu kenyataan.

Kolarov, yang beraksi sebanyak 91 kali bersama negaranya, bersedia untuk bersaing dengan pemain berusia 21 tahun, Alessandro Bastoni bagi memikat pengendali Antonio Conte dalam perubatan kesebelasan utama.

Inter, yang menamatkan saingan di tempat kedua Serie A dan tumpas kepada Sevilla di perlawanan akhir Liga Europa, juga menandatangani pertahanan kanan Real Madrid, Achraf Hakimi dan pemain tengah Cagliari, Nicol Barella.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 9:46 AM