Leandro Dos Santos (tengah) meraikan gol jaringannya ketika menentang pasukan Kelantan United pada saingan Piala Malaysia 2020 di Stadium Perak. FOTO Bernama
Leandro Dos Santos (tengah) meraikan gol jaringannya ketika menentang pasukan Kelantan United pada saingan Piala Malaysia 2020 di Stadium Perak. FOTO Bernama

Ipoh: Tonggak import Perak, Leandro Dos Santos meledak hatrik untuk membantu pasukannya mengatasi Kelantan United FC (KUFC), 4-0 sekali gus mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia.

Skuad The Bos Gaurus (TBG) kendalian Mehmet Durakovic tidak menunggu lama apabila Leandro membuka jaringan pada minit ke-7 sebelum memastikan tuan rumah mendahului selesa 2-0 pada minit ke-21 sehingga tamat babak pertama.

KUFC yang dibimbing bekas pemain Selangor, Nazrul Irwan Makmur tidak berputus asa melakukan gerakan memecah kebuntuan jaringan namun dihampakan dengan penyudah tumpul.

Malah kecekapan penjaga gol tuan rumah, Hafizul Hakim beberapa kali menggagalkan percubaan penyerang pelawat.

Skuad TBG menambah derita wakil Pantai Timur itu apabila Leandro melengkapkan hatrik pada minit ke-48.

Sebelum Careca melengkapkan kemenangan bergaya Perak pada minit akhir permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2020 @ 11:15 PM