Haaland (dua dari kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol bersama rakan pasukan. FOTO AFP
Haaland (dua dari kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol bersama rakan pasukan. FOTO AFP
AFP

Bruges, Belgium: Dua gol jaringan Erling Braut Haaland membolehkan Borussia Dortmund melakar kemenangan 3-0 dalam aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara menentang Club Brugge.

Penyerang Norway itu kini sudahpun meledakkan empat gol musim ini menyamai jaringan pemain Belgium Thorgan Hazard, Axel Witsel dan Thomas Meunier membantunya menewaskan Brugge dalam aksi yang dikuasai sepenuhnya Dortmund pada babak pertama.

Haaland kini menjadi pemain pertama yang menjaringkan 14 gol dalam 11 penampilan di Liga Juara-Juara.

"Erling adalah mesin mencetak gol. Dia sentiasa menjaringkan satu atau dua. Sedikit memalukan bila dia gagal melakukan hatrik hari ini," kata Hazard.

Kemenangan itu membolehkan Dortmund kembali ke landasan untuk mara dari Kumpulan F selepas kekalahan 1-3 kepada Lazio pada perlawanan pembukaan.

Skuad Bundesliga itu kini mendahului kumpulan berbanding kelab Itali itu yang diikat 1-1 ketika bertemu Zenit St Petersburg pada perlawanan awal.

Dortmund mengambil peluang terhidang dengan baik pada babak pertama dan 3-0 di depan selepas setengah jam dengan pemain Belgium terbabit dalam semua gol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 12:16 PM