Ciro Immobile (tengah) meraikan kemenangan ke atas Dortmund bersama rakan sepasukan pada saingan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Ciro Immobile (tengah) meraikan kemenangan ke atas Dortmund bersama rakan sepasukan pada saingan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Rome: Ciro Immobile menjaringkan gol awal berdepan bekas kelabnya Borussia Dortmund ketika Lazio memberi amaran kembali dalam saingan Liga Juara-Juara selepas 13 tahun dengan kemenangan 3-1 dalam saingan Kumpulan F.

Immobile yang juga penyerang Itali mengatasi penjaga gol Dortmund, Marwin Hitz selepas enam minit permainan di Rome, malah dengan bantuan rembatan yang terbias penjaga gol Jerman itu membantu jaringan kedua tuan rumah.

Bintang Norway, Erling Braut Haaland merapatkan kedudukan menerusi jaringan selepas 71 minit permainan tetapi Immobile mencipta peluang buat Jean-Daniel Akpa-Akpro meledak gol ketiga lima minit kemudian di hadapan kira-kira 1,000 peminat di Stadium Olimpico.

Ia memberi moral kehadiran terbaik buat skuad kendalian Simone Inzaghi yang berada di kedudukan teratas kumpulan yang turut mengandungi pasukan Zenit dan Club Brugge.

"Ia perasaan yang menakjubkan untuk memimpin kelab ini dan jersi pasukan kembali dalam Liga Juara-Juara," kata Immobile yang juga Penjaring Terbanyak Serie A musim lalu dengan 36 gol.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 8:20 AM