Haaland kini memegang rekod pertama meledakkan 15 gol di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Haaland kini memegang rekod pertama meledakkan 15 gol di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Dortmund: Erling Braut Haaland memecahkan satu lagi rekod Liga Juara-Juara apabila meledak dua gol ketika membantu pasukannya Borussia Dortmund melakarkan kemenangan ke atas Club Brugge 3-0.

Gol jaringan Haaland minit ke-18 menjadikannya pemain pertama meledakkan 15 gol dalam aksi Liga Juara-Juara, jumlah jaringan paling banyak berbanding pemain lain dalam sejarah kejohanan.

Pemain dari Norway berusia 20 tahun itu mencipta rekod berkenaan sepanjang tempoh 12 penampilan, memadamkan rekod sebelum ini yang dicipta Ruud van Nilsterooy dan Roberto Soldado.

"Erling adalah pemain yang menakjubkan. Dia bekerja keras di dalam dan luar padang, dia berhak mendapat segala pencapaian ini.

"Saya gembira dapat membantu dan ia lebih mudah kerana dia seorang pemain yang tajam" kata rakan pasukan Jadon Sancho.

Haaland menambah jaringan di babak kedua untuk Dortmund mempertahankan kedudukan teratas Kumpulan F.

Dengan dua perlawanan berbaki, skuad kendalian Lucien Favre kini satu mata di depan Lazio yang menghuni tangga kedua, dan lima mata mengatasi Brugge di tangga ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 10:50 AM