TZE Yong cuba bangkit di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan namun lawannya lebih konsisten. FOTO AFP
TZE Yong cuba bangkit di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan namun lawannya lebih konsisten. FOTO AFP
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Perjuangan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terhenti di separuh akhir selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng straight set di Terbuka Perancis semalam.

Tze Yong turun bagi memburu final kedua untuk bulan ini selepas cemerlang di Terbuka Arctic awal bulan lalu tidak kesampaian selepas tewas 17-21, 12-21 kepada pemain pilihan kelapan di Arena Glaz.

Tewas di set pertama, pemain muda negara yang berada di ranking ke-18 dunia itu cuba bangkit di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan namun lawannya lebih konsisten dalam permainan selepas bertarung 47 minit.

Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pemain itu sebanyak enam kali terus memihak kepada Shi Feng, 6-0.

Sebelum ini, pemain dari China itu turut menewaskan wakil negara, Lee Zii Jia di pusingan kedua dalam pertarungan tiga set.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2023 @ 8:45 AM