TANG JIE- EE WEI terkandas di suku akhir Terbuka Malaysia. -FOTO Aswadi Alias
TANG JIE- EE WEI terkandas di suku akhir Terbuka Malaysia. -FOTO Aswadi Alias
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei potensi yang besar untuk layak beraksi di Olimpik Paris 2024.

Perkara itu diakui sendiri jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berdasarkan prestasi semasanya yang ditunjukkan baru-baru ini.

Jelas beliau, beregu campuran baharu itu mempunyai bakat yang tersendiri yang perlu diasah sikit sahaja lagi sebelum bergelar jagoan dunia.

"Pasangan ini (Tang Jie-Ee Wei) perlu diberi masa sedikit lagi. Bakat mereka bagus cuma kena asah lagi.

"Dengan kemahuan mereka serta konsintensi yang ditunjukkan, mereka akan bisa (mampu) ke Paris," katanya.

Sebelum campuran negara, Tang Jie- Ee Wei gagal dalam misi memburu tiket separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Dalam aksi suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat, Tang Jie-Ee Wei tewas 19-21, 9-21 kepada gandingan nombor dua dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Pengalaman ternyata menjadi pemisah antara Tang Jie-Ee Wei dengan lawannya itu yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 2:39 PM