WOOI Yik (kiri) dan Aaron berada di landasan terbaik untuk mara ke final di Terbuka Switzerland. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
WOOI Yik (kiri) dan Aaron berada di landasan terbaik untuk mara ke final di Terbuka Switzerland. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland selepas menumpaskan wakil Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan kedua mengambil masa 33 minit untuk mencatatkan kemenangan straight set 21-11, 21-13.

Kemenangan berkenaan berjaya menebus dendam tahun lalu apabila mereka tumpas dengan pasangan yang sama di kejohanan sama ketika saingan separuh akhir.

Sementara itu, hasrat perseorangan wanita, S Kisona untuk terus mencipta sensasi di Switzerland tidak kesampaian apabila dia kalah di suku akhir kepada wakil Thailand, Supanida Katethong.

Selepas menumbangkan bekas pemain nombor satu dunia dari India, Saina Nehwal awal pagi tadi, Kisona ditunjukkan jalan keluar oleh Supanida apabila kalah 11-21, 12-21.

Nasib yang sama turut menimpa beregu wanita, Anna Cheong-Teoh Mei Xing apabila mereka kalah 18-21, 18-21 kepada gandingan Jerman, Linda Efler-Isabel Lohau.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2022 @ 10:56 PM