Hon Jian (kiri) dan Ee Wei rangkul gelaran ketiga. FOTO BAM
Hon Jian (kiri) dan Ee Wei rangkul gelaran ketiga. FOTO BAM
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Beregu campuran remaja negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei terus membanggakan negara apabila berjaya merangkul gelaran ketiga tahun ini selepas menguasai Terbuka Austria.

Mereka bangkit melakar kemenangan biarpun tewas di set pertama dengan menundukkan pilihan nombor satu dari Perancis, William Villeger-Sharone Bauer 16-21 21-9 21-19.

Beraksi selama 46 minit, Hon Jian-Ee Wei yang sebelum ini muncul juara di Terbuka Slovenia, turun tanpa tekanan sekali gus nyata tidak kekok menguasai gelanggang.

Kawalan gelanggang yang kemas membolehkan mereka menang mudah di set kedua namun menerima tentangan sengit di set penentuan.

Ketinggalan di set penentuan, juara Terbuka Poland itu tidak mengenal erti putus asa apabila bangkit mengejar mata demi mata dan berjaya menyamakan kedudukan buat kali pertama di kedudukan 14 sama sebelum menang menang 21-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 10:43 PM