Ng Tze Yong. FOTO File NSTP
Ng Tze Yong. FOTO File NSTP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Barisan pemain muda negara menunjukkan penguasaan mereka apabila mengungguli tiga kategori di kejohanan Badminton Terbuka Poland.

Beregu campuran negara Choong Hon Jian-Toh Ee Wei menghadiahkan kejayaan pertama buat skuad negara apabila menundukkan pasangan dari Switzerland, Nicolas A Mueller-Ronja Stern 21-16, 21-12 dalam tempoh 28 minit.

Turun dalam aksi kedua, Ng Tze Yong meneruskan rentak konsisten apabila mudah menjinakkan pilihan kedua Pablo Abian dari Sepanyol dalam acara perseorangan lelaki. Tze Yong hanya memerlukan 52 minit untuk menundukkan Abian 21-19, 21-11.Kejayaan skuad negara diteruskan dalam acara beregu lelaki yang menemuikan dua wakil negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menentang Chang Yee Jun-Chia Weijie.Nyata aksi konsisten Wei Chong-Kai Wun menguasai gelanggang memberikan mereka kemenangan menewaskan Yee Jun-Chia Weijie 21-17, 20-22, 21-19 dalam tempoh 49 minit. Kejayaan tiga wakil negara di Terbuka Poland itu memberi perkembangan positif buat skuad muda negara mempersiapkan pemain muda negara di masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 10:02 PM