Georgina bergaya di kereta Bugatti. FOTO TheSun
Georgina bergaya di kereta Bugatti. FOTO TheSun
Agensi

Lisbon: Georgina Rodriguez kelihatan menawan ketika dia bergambar di kereta mewah, Bugatti milik teman lelakinya, Cristiano Ronaldo.

Beberapa keping gambar dimuat naik di Instagram ketika dia beraksi di ruang tempat duduk kenderaan Bugatti Veyron milik Ronaldo yang bernilai £1.7 juta (RM9.08 juta)

Penyerang Juventus berusia 35 tahun itu menambah koleksi jentera mewah itu bagi meraikan kemenangan Portugal pada kejohanan Euro 2016.

Satu-satunya kenderaan 450 Veyron 16.4 Grand Sports yang direka khas membuatkan Ronaldo mahu menambah koleksi pilihan keretanya bernilai kira-kira £16 juta (RM82.52 juta).

Georgina muncul di minggu fesyen Perancis. FOTO Agensi
Georgina muncul di minggu fesyen Perancis. FOTO Agensi

Malah Georgina dan ejen bola sepak terkemuka, Wanda Icardi turut mencuri perhatian di Pertunjukan Fesyen Paris.

Kedua-duanya tampil dengan pakaian hampir sama berjenama Louis Vuitton dengan Georgina mengenai pakai skirt jaket bernilai £4,500 (RM24,055).

Ketika Ronaldo bersama skuad kebangsaan Portugal beraksi menentang Perancis dalam saingan Liga Negara-Negara yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan Ahad lalu.

Bagaimanapun, bintang Juventus tidak kelihatan bersama teman wanitanya itu di tengah kota Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 3:45 PM