Peter Sagan dari pasukan Bora Hansgrohe meraikan kemenangan di peringkat ke-10 Giro d'Italia membabitkan 177km dari Lanciano ke Tortoreto, Itali. FOTO Agensi
Peter Sagan dari pasukan Bora Hansgrohe meraikan kemenangan di peringkat ke-10 Giro d'Italia membabitkan 177km dari Lanciano ke Tortoreto, Itali. FOTO Agensi
AFP

Tortoreto, Itali: Peter Sagan kembali dengan penuh bergaya apabila menuju ke garisan penamat perlumbaan secara solo di peringkat 10 Giro d'Italia selepas dua pasukan, Mitchelton dan Jumbo-Visma disingkirkan kerana diuji positif Covid-19.

Sagan salah seorang daripada pelumba yang berjaya dalam kelompok tiga kejuaraan dunia menamatkan kemarau aksi tanpa kemenangan di perlumbaan itu.

"Akhirnya saya berjaya melakukannya. Saya menang dengan gaya tersendiri, dengan memberi bayangan sebenar!" kata pelumba berusia 30 tahun dari pasukan Bora-Hansgrohe yang mendominasi peringkat perlumbaan itu.

Aksi Sagan mendorong saingan perlumbaan yang semakin sengit selepas lapan diuji positif Covid-19 semalam yang menyaksikan dua pasukan terpaksa pulang awal.

"Kami berusaha untuk cuba mengawal situasi ini," tegas pengarah perlumbaan Giro, Mauro Vegni.

"Semua pasukan yang didapati positif menjalani ujian terkini dan akan menjalani ujian ulangan pada hari berikutnya.

"Setakat ini kami sudah melakukan hampir 1,500 ujian dan tidak mustahil untuk melakukannya lagi."

Dua pelumba didapati positif, Steven Kruijswijk dari Belanda mewakili pasukan Jumbo yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga Tour de France 2019 bersama pelumba Sunweb dari Australia, Michael Matthews, kekal positif antara pasukan mereka.

Mitchelton pada Sabtu lalu menerima tamparan hebat dengan penarik diri pemimpin perlumbaan mereka dari Britain, Simon Yates yang menjadi pelumba basikal pertama diuji positif Covid-19 di jelajah utama.

Pengumuman menarikkan diri pasukan Jumbo satu lagi tamparan kepada Kruijswijk, antara lima pelumba teratas di tiga jelajah utama, yang terlepas Tour de France tahun ini kerana kecederaan lutut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 12:03 PM