PASUKAN  Mitchelton tidak dapat meneruskan saingan di Giro d'Italia. FOTO AFP
PASUKAN Mitchelton tidak dapat meneruskan saingan di Giro d'Italia. FOTO AFP
AFP

Lanciano, Itali: Pasukan Mitchelton dari Australia menarik diri daripada perlumban Giro d'Italia selepas empat kakitangannya didapati positif Covid-19.

Dua pelumba daripada pasukan berbeza termasuk pelumba Belanda, Steven Kruijswijk daripada Jumbo yang menduduki tempat ketiga Tour de France 2019 turut positif, menurut pengumuman Persekutuan Basikal Antarabangsa UCI, hari ini.

Mitchelton berkata, mereka diberitahu mengenai hasil empat keputusan positif kakitangannya selepas ujian dilakukan kelmarin.

"Sebaik mendapat keputusan, Mitchelton-Scott dengan segera menarik pasukan daripada perlumbaan dan akan fokus kepada kesihatan pelumba dan kekakitangan serta pergerakan ke tempat kuarantin,'' kata pasukan dalam kenyataan sebelum bermula saingan peringkat ke-10.

Pengurus Besar, Mitchelton, Brent Copeland berkata: "Sebagai tanggungjawab sosial kepada pelumba dan kakitangan, peloton dan penganjur, kami menarik diri daripada Giro d'Italia."

Copeland berkata, mereka yang didapati positif akan menjalani kuarantin dalam tempoh ditetapkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 6:23 PM