Philippe Coutinho. FOTO Agensi
Philippe Coutinho. FOTO Agensi
Agensi

PHILIPPE Coutinho tetap mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) ujar ejen pemain itu.

Kia Joorabchian mengesahkan bekas bintang Liverpool mengintai peluang untuk kembali ke England, ketika Arsenal dan Tottenham dikaitkan dengan perpindahan itu.

Dia memberitahu kepada talkSPORT : "Memandangkan Liga Juara-Juara masih berlangsung sehingga 23 Ogos, saya fikir adalah sukar untuk pemain seperti Coutinho melakukan sebarang komitmen atau perpindahan sehingga tarikh itu.

"Dia masih mempunyai Liga Juara-Juara buat masa ini dan mereka harus layak ke pusingan berikutannya [berdepan Chelsea], dan kemudian dia boleh beraksi di Barcelona, percaya atau tidak.

"Selepas Liga Juara-Juara, ia bukan lagi rahsia kalau boleh dia mahu kembali ke Liga Perdana. Dia gembira bermain di Liga Perdana dan dipuja dalam Liga Perdana.

"Ia adalah salah satu keutamaannya... tapi dia tidak menentang jika terus kekal di Barcelona."

Laporan sebelum ini menyatakan pemain Barcelona itu makin hampir menandatangani salah satu daripada kelab Inggeris seperti Arsenal, Leicester City atau Spurs pada musim panas ini.

"Terdapat minat yang jelas terhadap Philippe kerana dia seorang pemain yang hebat dan akan memberi kejayaan besar."

"Kami masih menunggu sehingga musim tamat sebelum kami mula berbincang mengenai apa-apa syarat perjanjian.

"Saya sentiasa memberitahu dia suka bermain di Liga Perdana.

"Dia sangat gembira ketika beraksi dan jika peluang itu tiba untuk kembali ke Liga Perdana, sama ada tahun ini atau pada masa hadapan, dia pasti memilihnya."

Perancang tengah dari Brazil itu menghabiskan musim 2019/20 dengan dipinjamkan ke Bayern Munich.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 1:47 PM