Coutinho ketika dibimbing Klopp sementara gambar kanan reaksi bintang Brazil ketika di Bayern. FOTO Agensi
Coutinho ketika dibimbing Klopp sementara gambar kanan reaksi bintang Brazil ketika di Bayern. FOTO Agensi
Agensi

PHILIPPE Coutinho sanggup dikenakan pemotongan gaji untuk menyertai semula Liverpool pada musim panas ini.

Barcelona dilihat mahu membebaskan Coutinho musim panas ini dan perpindahan semula ke Liga Perdana Inggeris dimotivasikan oleh ejennya Kia Joorabchian.

Menurut beberapa laporan, pemain Brazil dihubungi oleh bos Reds, Jurgen Klopp untuk melengkapkan persetujuan kembali ke Anfield.

Perancang tengah berusia 28 tahun itu menghabiskan musim ini secara pinjaman di Bayern Munich selepas gagal mendapat tempat di Barcelona.

Perjanjian termasuk pilihan menandatangani Coutinho secara tetap sekitar £100 juta (RM534.97 juta), namun gergasi Jerman membiarkan pilihan berkenaan berakhir bulan lalu.

Coutinho dikaitkan dengan kelab Liga Perdana antaranya Chelsea, Arsenal, Manchester United, Tottenham dan Leicester City sejak beberapa bulan lalu namun dia dilihat lebih gemar memilih untuk kembali ke Liverpool.

Ejennya, Joorabchian memaklumkan dalam satu temubual bersama Sky Sports : "Aksi Liga Perdana adalah sesuatu yang membuatkan dia gembira bermain dan suka beraksi di liga berkenaan dan besar kemungkinan gembira untuk kembali semula dan bermain.

"Persoalannya apakah faktor kewangan daripada semua kelab terbabit, termasuk Barcelona dan semua kelab Liga Perdana pada penghujung pandemik ini.

Bagaimanapun, kelab berkenaan sudah pun dipaksa menggunakan kuasa untuk perpindahan bagi Timo Werner pada musim panas ini, dan sebarang perjanjian akan mendatangkan kesan kepada kewangan.

Coutinho dilaporkan menerima gaji sekitar £225,000 (RM1.2 juta) seminggu di Barcelona dan juara La Liga berkenaan masih berhutang dengan Liverpool daripada sebahagian jumlah perjanjian tambahan dengan bayaran rekod kelab £146 juta (RM781.06 juta) yang membawa Coutinho ke Sepanyol pada Januari 2018.

Malah the Reds kemungkinan akan melakukan rombakan struktur gaji untuk khidmat bekas pemain No.10 mereka, dengan Mo Salah menjadi pemain paling tinggi menerima gaji sekitar £200,000 (RM1.07 juta) seminggu.

Bagaimanapun, Barcelona sudah bersedia untuk memanfaatkan yuran perpindahan Coutinho dan sanggup memberikan subsidi kepada gajinya dalam mana-mana perjanjian pinjaman.

Coutinho meledak sembilan gol dalam 32 penampilan buat Bayern Munich musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 12:41 PM