KLOPP (kiri) berjaya tamatkan kemarau 30 tahun Liverpool. FOTO AFP
KLOPP (kiri) berjaya tamatkan kemarau 30 tahun Liverpool. FOTO AFP
Agensi

JIKA Jurgen Klopp menerima tawaran membimbing Manchester United satu ketika dahulu, pengendali dari Jerman itu tidak mungkin dapat merasai nikmat menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liverpool.

Nama Klopp pernah disebut-sebut sebagai pengganti David Moyes di Old Trafford.

Malah Klopp pernah mengadakan perbincangan yang serius bersama Naib Presiden United, Ed Woodward.

Selepas perbincangan itu, Klopp pernah menyatakan United sebagai 'versi dewasa Disneyland' iaitu kelab itu mampu memenuhi segala impian Klopp untuk bergelar juara.

Namun Klopp akhirnya menolak tawaran United dan kekal membimbing Borussia Dortmund ketika itu.

"Kami hampir-hampir mendapatkan khidmatnya. Kami memenangi kejuaraan setahun sebelum itu dan berasakan mampu meyakinkan Klopp.

"Dia adalah seorang yang sangat ceria dan berkarisma dan ia memenuhi kriteria pengurus yang kami mahukan," kata sumber di United.

Malah Klopp juga pernah menjadi buruan Manchester City namun beliau akhirnya mengambil keputusan membimbing Liverpool pada 2015 dan kekal sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 11:33 PM