MOURINHO meninggalkan penginapannya selepas dipecat sebagai pengurus Manchester United pada 18 Disember lalu. - FOTO Reuters
MOURINHO meninggalkan penginapannya selepas dipecat sebagai pengurus Manchester United pada 18 Disember lalu. - FOTO Reuters
AFP

MANCHESTER United mendedahkan kelab itu terpaksa membayar hampir £20 juta (RM104 juta) susulan pemecatan Jose Mourinho sebagai pengurus.

Naib pengerusi eksekutif kelab Ed Woodward bagaimanapun memuji impak kehadiran Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford.

Jumlah £19.6 juta (RM102 juta) termasuk bayaran kepada staf kejurulatihan Mourinho yang meninggalkan kelab itu bersamanya selepas beliau dipecat Disember lalu.

Nasib kelab Liga Perdana Inggeris itu berubah sejak Solskjaer mengambil alih sebagai bos sementara.

United kini berada dalam kelompok empat teratas selepas ketinggalan 11 mata daripada tempat ke Liga Juara-Juara ketika Mourinho melangkah pergi.

“Pelantikan Ole dan Mike (Phelan) sebagai pengurus sementara dan penolong pengurus... memberi impak positif di kelab ini,” kata Woodward.

“Kami bangga dengan peningkatan persembahan pasukan sejak Disember lalu dan kami tidak sabar menanti penamat mengagumkan bagi musim 2018-19.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 10:42 PM