Penyokong pasukan Red Star Belgrade. FOTO File AFP
Penyokong pasukan Red Star Belgrade. FOTO File AFP
AFP

LIMA pemain dari kelab Serbia, Red Star Belgrade disahkan positif Covid-19 selepas beraksi dalam perlawanan yang dihadiri ribuan penonton, umum kelab itu.

Pengumuman itu hadir 12 hari selepas Red Star menentang seteru bandar, Partizan Belgrade di hadapan 16,000 penonton, perhimpunan terbesar di Eropah sejak penularan pandemik berkenaan.

Kerajaan Serbia memberi kelonggaran terhadap perintah berkurung dan awal bulan ini mengumumkan kebenaran perhimpunan di tempat awam membabitkan jumlah yang ramai.

Tetapi liputan daripada televisyen RTS menunjukkan kurangnya papan tanda mengenai garis panduan mengenai Covid-19 ketika perlawanan dengan Partizan termasuk perlawanan yang lain.

Susulan perlawanan akhir musim ini menentang Proleter, Sabtu lalu, Red Star meraikan kejayaan mereka menjuarai trofi Serbia di hadapan lebih 10,000 peminatnya.

Sekurang-kurangnya empat atau lima pemain tidak beraksi dalam perlawanan terakhir selepas menunjukkan simptom dijangkiti Covid-19.

"Pemain dalam keadaan baik dan menjalani kuarantin. Mereka juga sentiasa berhubung dengan pasukan perubatan kelab," kata Red Star dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2020 @ 9:26 PM