SAINGAN F1 musim 2020 masih belum dapat diadakan berikutan pandemik Covid-19. FOTO AFP=
SAINGAN F1 musim 2020 masih belum dapat diadakan berikutan pandemik Covid-19. FOTO AFP=
AFP

PEMILIK Formula Satu (F1), Liberty Media berkata pendapatan mereka menurun sebanyak AS$200 juta (RM864 juta) pada suku pertama berikutan pandemik Covid-19.

Pandemik berkenaan menghalang permulaan perlumbaan musim ini dengan 10 perlumbaan sama ada sudah dibatalkan atau ditangguhkan.

Setakat ini perlumbaan pertama dikatakan akan berlangsung paling awal 5 Julai depan di Austria;

Pendapatan F1 buat Liberty Media menurun kepada hanya AS$39 juta (RM168 juta) pada bulan pertama tahun ini, berbanding AS$246 (RM1 bilion) ketika tempoh sama tahun lalu.

Kerugian operasi dikatakan mencecah AS$137 juta (RM592 juta) berbanding tahun lalu AS$47 juta(RM203 juta) ketika tempoh sama tahun lalu.

"F1 berharap dapat memulakan perlumbaan Julai nanti dan mampu diteruskan sehingga Disember dengan sasaran 15 hingga 18 perlumbaan," kata Liberty dalam satu kenyataan.

Jelas mereka, ia masih belum dapat disahkan sama ada penonton dibenarkan berkunjung ke litar.

Pendapatan yang dijana melalui F1 kepada Liberty Media, iaitu kepunyaan jutawaan Amerika Syarikat, John Malone hadir melalui pembayaran oleh penganjur Grand Prix, penyiar rasmi dan penaja.

Bagaimanapun, dengan perlumbaan ditangguhkan akibat pendemik berkenaan dan Liberty Media berdepan masalah kontrak pasukan, syarikat Amerika Syarikat itu terpaksa memindahkan AS$ 1 bilion (RM4.3 bilion) yang pada awalnya adalah untuk operasi stesyen radio satelit, SiriusXM.

Sementara itu, harga saham Liberty Media bagi aktiviti F1 menurun 0.4 peratus lebih rendah dalam dagangan pertengahan di Nasdaq Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 10:46 AM