Gandingan Salah (kiri) dan Mane bantu Liverpool kecapi kejuaraan Eropah dan dilabel antara kelab terbaik di dunia. FOTO Agensi
Gandingan Salah (kiri) dan Mane bantu Liverpool kecapi kejuaraan Eropah dan dilabel antara kelab terbaik di dunia. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS sayap Liverpool, Steve McManaman mendakwa tiada peluang langsung Sadio Mane dan Mohamed Salah memikirkan untuk meninggalkan The Reds.

Sekalipun dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid atau Barcelona kerana kehebatan dua kelab Sepanyol itu tidak mampu menangani Liverpool yang juga kelab terbaik dalam dunia ketika ini.

Mane dan Salah dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol berikutan prestasi mengagumkan di Anfiled.

Keupayaan Mane meledak 14 gol dan membantu tujuh jaringan sementara Salah menyumbat 16 gol serta membantu enam jaringan memastikan penguasaan Liga Perdana Inggeris bersama kelab mereka.

Gandingan duo itu menjadi antara barisan serangan yang ditakuti di Eropah dan tidak dinafikan berjaya menarik perhatian pasukan luar.

Begitupun, McManaman tidak menafikan jika mereka akan meninggalkan Liverpool pada bila-bila masa.

Berkata kepada HorseRacing.net : "Real Madrid sudahpun mempunyai Eden Hazard, mereka membawa Rodrygo musim panas lalu dan baharu sahaja membuat pelaburan kepada Reinier pada Januari, jadi saya menganggap khabar angin mengenainya sebagai asam garam dalam bola sepak.

“Sekalipun begitu apabila melihat pencapaian Liga Juara-Juara musim ini, pasukan terbaik dalam dunia ketika ini adalah pasukan Inggeris. Real Madrid dan Barcelona tidak.

“Kedua-dua pasukan itu baharu bermula semula dan membawa beberapa pemain baharu kerana mereka mempunyai musim mengecewakan pada tahun ini, jadi mereka akan kembali untuk memperkuatkan pasukan.

“Sebaliknya, saya tidak fikir ada sebarang kemungkinan sama ada Sadio Mane atau Mohamed Salah akan pergi sama ada ke Real Madrid atau Barcelona."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 1:07 PM