PEMAIN JDT, Muhammad Safawi Rashid (dua kiri) diasak pemain Kedah, Muhammad Shakir Hamzah ketika perlawanan Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN JDT, Muhammad Safawi Rashid (dua kiri) diasak pemain Kedah, Muhammad Shakir Hamzah ketika perlawanan Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Rizar Mohd Noor


KEDAH tidak harus kecewa dengan kekalahan 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Piala Sultan Ahmad Shah selepas berjaya memastikan skuad Harimau Selatan ‘bermandi peluh' sebelum melakar hatrik memenangi piala itu tiga musim berturut-turut pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Pengendali skuad Lang Merah, Aidil Shahrin Sahak tetap bangga dengan kualiti permainan anak didiknya yang bersikap mahu melawan pada aksi itu dan hanya tewas dengan satu gerakan `set-piece' JDT.

Katanya, penguasaan permainan juga milik Kedah dalam perlawanan itu dan mengenai keputusan apabila tewas tipis, beliau bertanggungjawab dengan kekalahan itu namun agak sedih selepas hasrat merampas semula piala itu tidak kesampaian.

Ditanya mengenai ketiadaan Shahril Saa'ri mengemudi gawang skuad Lang Merah, pengendali dari Singapura itu menegaskan pemain itu tidak dapat diturunkan akibat penggantungan tiga perlawanan.

“Dia tidak dapat diturunkan untuk aksi dua lagi perlawanan kerana digantung dan khidmat Ifwat Akmal (Che Kassim) digunakan menjaga gawang gol.

“Malah dia mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan itu dan saya jangkakan persaingan sihat antara Ifwat dan Shahril bagi menjaga gawang Kedah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 12:50 PM