Armand Duplantis melepasi halangan lompat bergalah lebih enam meter. FOTO AFP
Armand Duplantis melepasi halangan lompat bergalah lebih enam meter. FOTO AFP
Agensi

BEKAS juara dunia dan Olimpik bagi acara lompat bergalah dari Ukraine, Sergey Bubka menyifatkan Armand Duplantis memiliki bakat unik.

Duplantis memecah rekod lompat bergalah dunia buat kali kedua dalam masa seminggu apabila mencatat 6.18m di Grand Prix Dalam Dewan di Glasgow pada Sabtu.

Atlet berusia 20 tahun dilahirkan di Amerika Syarikat namun memilih untuk mewakili negara kelahiran ibunya iaitu Sweden.

“Dia benar-benar membuatkan acara olahraga menarik,” kata Bubka.

“Dia memberikan banyak tumpuan kepada olahraga dan acara lompat bergalah.

“Saya seronok dan kagum dengan apa yang dilakukannya malah ia adalah kejayaan bukan hanya kepada dirinya, tetapi untuk kedua ibu bapanya.”

Duplantis yang dikenali dengan panggilan Mondo, dilatih bapanya seorang warga Amerika, Greg yang juga atlet lompat bergalah sementara ibunya, Helena bekas pemain bola tampar.

Dia sudah pun mengadakan perbincangan dengan Usain Bolt sebagai wajah bintang mewakili barisan atlet olahraga.

“Ini akan meredakan sedikit tekanan dan cabaran besar (buat dirinya) untuk mengatasinya,” kata Bubka yang bercakap menjelang Anugerah Dunia Sukan Laurens di Berlin ketika acara itu meraikan sambutan ulang tahun ke-20.

“Ia agak sukar untuk berada di atas dan cabaran besar berada di puncak prestasi.

“Ini adalah sukan yang mencabar namun saya fikir dia akan mampu mengawalnya. Kita memerlukan bintang sepertinya.

“Sangat hebat mempunyai atlet dengan bakat yang hebat sepertinya.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 10:31 PM