Christian Coleman pemegang rekod dunia 60m. FOTO File Agensi
Christian Coleman pemegang rekod dunia 60m. FOTO File Agensi
Reuters

PEMEGANG rekod dunia dalam acara pecut 60 meter, Christian Coleman sudah mengikuti sesi latihan terbaik sebagai persediaan menyertai kejohanan sekali gus mampu mencatat masa terbaik pada Kejohanan Dalam Dewan AS di New Mexico hujung minggu ini kata pengurusnya.

Coleman memenangi kejuaraan 100m dunia di Doha tahun lalu dan atlet pilihan bagi mahkota pecut Olimpik di Tokyo, mencatat rekod dunia acara 60m dalam dewan dengan catatan 6.34 saat kali terakhir dia berlari dalam kejohanan bertaraf tinggi di Albuquerque pada 2018.

Dia masih belum membuat keputusan untuk berlari dalam acara dalam dewan musim ini tetapi "dia mengharungi sesi latihan yang bagus dan dia tidak mahu ia dipersiakan begitu sahaja." kata pengurusnya Emanuel Hudson kepada Reuters menerusi panggilan telefon.

"Dia percaya dia mungkin melihat sesuatu yang menarik." tambah Hudson.

Pusingan pertama acara 60m berlangsung pada Jumaat disusuli separuh akhir dan final dijadualkan pada Sabtu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 11:41 AM