GUARDIOLA mula terasa bahang jadual yang padat dalam saingan domestik di England. FOTO Agensi
GUARDIOLA mula terasa bahang jadual yang padat dalam saingan domestik di England. FOTO Agensi
AFP

PEP Guardiola mahu perlawanan ulangan Piala FA dibatalkan tatkala pengurus Manchester City itu perlu mempersiapkan pasukan untuk aksi pusingan keempat menentang Fulham.

Guardiola adalah salah seorang daripada beberapa pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengambil berat mengenai kesan keburukan terhadap pemain terutama dalam jadual padat saingan di England.

Pengendali dari Sepanyol itu beliau akan berasa gembira jika dapat melihat saingan Piala Liga dimansuhkan untuk mengurangkan jumlah perlawanan, walaupun City muncul juara pada dua musim terakhir dan bakal berdepan Manchester United bagi separuh akhir kedua Rabu ini.

Menyedari bahawa jadual City akan bertambah padat jika Fulham berjaya mencatat keputusan seri di Stadium Etihad, Guardiola mencadangkan agar memansuhkan baki aksi ulangan Piala FA.

Persatuan Bolasepak England (FA) memansuhkan aksi ulangan bermula dari pusingan kelima dan seterusnya musim lalu.

“Saya tidak bermaksud FA perlu melakukannya. Jika ada perkara yang saya suarakan, saya tidak pernah menjangkakan Piala Liga atau Piala FA akan ada perubahan.

“Apa yang bagus mengenai negara ini ialah bagaimana anda mengekalkan tradisi. Dalam tradisi itu anda boleh melakukan pembaharuan untuk menjadikan kejohanan ini sempurna.

“Bagaimanapun, semua mengenai tradisi ada di sana, bukan saja dalam sukan tapi budaya dan juga masyarakat dan ia menjadi keutamaan. Saya menyanjung perkara itu,” katanya.

“Piala Liga dan Piala FA tetap akan diteruskan tapi mungkin kita boleh mansuhkan perlawanan ulangan, kurangkan pasukan dalam Liga Kejuaraan atau EPL,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 12:52 AM